Happy me :)

Monday, December 28, 2009

Pengembaraan di mulakan sekarang!

Aku sudah kembali ke UPM dengan langkah mampan penuh semangat, penuh bergaya, penuh azam di dada untuk menghabiskan semester 8. *Efek rambut menggerbang terbang mengurai* What teh hell. Mestilah tipu. Aku malas gila babi nak bangun untuk kelas pukul 8 woh. Kau ingat aku ini nerdy apa?

Semalam aku pergi ke Sri Serdang untuk membeli buah betik. Kegemaran. Majulah industri betik untuk mengelakkan sembelit di kalangan manusia sekalian alam. Iklan tiba-tiba. Sedang aku kusyuk pilih betik terbaek dari ladang:

"Adik ini bila nak graduate? Dah lama belajar"

"Eh. Makcik kenal saya?"

"Kenal."

"*Muka hairan* Macam mana kenal? Saya lama lagi makcik. Jauh lagi perjalanan"

"Adik ini duduk kolej X tu kan?"

"Aah. Betol lah itu"

Amaran: X adalah kata ganti.

Tidakku sangka makcik tersebut mengenali Jazihan yang rendah diri lagi low profile ini. *Sambil urut-urut dagu angkat kening sebelah*. Belah lah kau Jazihan.

Jazihan, pergi grad sekarang! Orang sudah meluat nengok kau!

Oh ya. Semester ini aku ada roomate baru!




Dan, aku tukar fashion rambut. Saja nak cakap. Tunjuk? Boleh belah.

Friday, December 25, 2009

Secara tiba-tiba

Tiba-tiba rasa seronok juga tidak tidur malam sambil berselang seli meminum kacip patimah untuk membuat project dan ass. sigh. ment.

Tiba-tiba rasa bila ada jerawat batu muncul apabila memikirkan kerja tidak berkesudahan adalah satu seni abstract yang mempunyai daya penarik tersendiri.

Tiba-tiba rasa tidak hodoh sangat pon bila pakai cermin mata skema, mata sembab dengan muka pucat tidak berapa nak siap setiap tiap kali menjelang peperiksaan.

Image Hosted by ImageShack.us
Walaupon hakikatnya sangat menggelikan okay. T_T

Tiba-tiba rasa bila ada rama-rama berterbangan dalam perut ketika present dihadapan Prof Madya dengan pelajar PhD yang mengambil video di belakang adalah perkara mencabar kredibiliti tetapi sangat menyeronokkannnnnnnnnnnn. *Nada riang*

Image Hosted by ImageShack.us
Print screen video presentation aku. GILA KAU BUDAK HITAM SKEMA TAHAP HAPA INI. Sudahlah gaya macam emak-emak orang. Tangan kau memang tak menahanlah Jazihan. Diamlah kau. T_T

Tiba-tiba bila pikir ada satu production tercipta hasil kerja sama dengan kawan baik yang sangat disayangi adalah perkara indah yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Image Hosted by ImageShack.us
Adamia Taisha. Chop Chop. Ini nama anak perempuan aku. HAHAHA. Okay. Editlah sedikit. Adamia Trisha. Hai. Saya emak awak. Emak? *PENGSAN*

Image Hosted by ImageShack.us
Kami mempersembahkan HITAM MANIS. Siap ada yang termimpi-mimpi HITAM MANIS ini. Ramai yang suka. Sangat terharu. T_T

Image Hosted by ImageShack.us
Kerja di balik tabir. Patutlah ada yang termimpi-mimpi. Suara Jazihan menghantui. T_T




Sudahkah mental kau bersedia untuk menghadapi semester luar biasa ini?

Monday, December 21, 2009

Bila kau berusaha, kau tidak berjaya

Masih ingat entry ini?

Tahniah kepada manusia hebat tersebut kerana telah menghapus-musnahkan impian yang di pegang sebegitu rapi.

Tahniah kepada manusia agung tersebut kerana membuat aku tersungkur berputus asa dengan masa hadapan.

Tahniah kepada manusia gah tersebut kerana telah menyebabkan aku terfikir "Kau perlu menggoda lelaki untuk kau berjaya". Dunia ini tidak adil.

Hanya senyuman manis untuk beliau. Semoga beliau berbahagia selalu. :')

Keputusan peperiksaan sudah keluar. Ia sangat menghampakan. Lebih-lebih lagi tidak berjaya membuat senyuman orang yang membelikan TORA dan DING DANG untuk anaknya lebih lebar dari biasa.

Gambar diambil dari :
This belog

Sunday, December 20, 2009

Perjalanan Merentas Udara ke Gunung dan Laut

Aku hengat mahu bercerita panjang lebar, tetapi bukankah a picture is worth a thousand words. Konon. Jutaan terima kaseh kepada abah dan emak. Saya sayang kamu. Next trip mahu bawa anak kesayangan ke mana? Pulau Jeju? Sekarang juga anak kesayangan google! HAHAHA. SPF 130 masih belom habes. :P

Image Hosted by ImageShack.us

Kerana terlampau banyak gambar, aku hidangkan slideshow buat santapan anda. Selamat menjamu anak mata. :D



It was freaking cold. Tetapi sweater aku masih terlipat rapi. Bak kata emak "Tempat macam ini memang sesuai untuk awak" Okay. Aku berdarah panas. T_T

Thursday, December 17, 2009

Selamat kembali, Jazihan!

Berjuta perkara mahu diceritakan. Malang sekali urat sendi sangat lemah, layu dan lunyai. Otot badan hanya boleh mengawal pergerakkan ke katil sambil menarik bantal empuk.

Kepenatan bertambah kronik apabila sebaik sahaja mendarat teros ada BBQ bersama keluarga terchenta setelah berjalan selama seminggu dengan jadual gila padat T_T Bagilah aku masa merehatkan badan serta melapangkan kekusutan minda. Ceh. Minda kusut hapa? Pikir duit abes bershopping? HAHAHA. Kempes. Kempes. T_T



Jazihan, kau budget artist hapa? HAHAHA.

Maaf sebab tidak update di sana setiap hari,
Tunggu next entri.
Aneka cerita mahu di stori.
Sekarang mahu pergi sleeping beauti.
Sorry ya, sorri.

Ceh. Boleh pantun segala walaupon dalam otak ada huruf Z. Tau tak apa? What teh hell. ZzzZzzz lah weh. T_T

Wednesday, December 9, 2009

Sebelum mata terlena

Ini adalah entry pendek. Online hanya menggunakan lappie anak saudara. Zaman sangat canggih. Baru setahun jagung sudah ada lappie milik persendirian. Ini sangat menjeleskan okay. T_T

Hari ini pergi ke Air Terjun Lintang.


Dan,dan... Membeli ini.

Seperti diwarwarkan aku sedang mencari UV Protection. Nahhh. Hambik kau sekarang. Semoga kulit tahan lasak dari pancaran matahari yang jahat. Aku mengeluarkan duit paling jimat tetapi berbaloi-baloi. Sumpah kedekut dengan diri sendiri. KAHKAH. Lihatlah highest SPF. HIGHEST OKAY. SPF 130? Itu gila namanya. Semoga vitamin E boleh membantu. T_T

Flight pukul 7.30 pagi esok. Kene tidur awal. Bangun awal. Mandi awal. Mekap awal. HAHAHA.
Bye.


Kalau ada internet connection di sana akan mengupdate selalu. :')

Monday, December 7, 2009

Berapa wang hantaran saya?


Tahniah kepada Kak Lina dan suami :') Mempelai sedang menonton pencak silat di hadapan. Cuak seh aku nengok dorang bersilat. Real woh.

Semalam aku pergi kenduri kahwen. Ketika aku melihat pengantin bersanding, kedengaran dialog ini:

A : Kau bila nak kahwen?

B : Aku tunggu orang kaya pinang baru aku nak kawen. Kalau tak kaya, jangan harap nak kawen dengan aku.

Serta merta aku palingkan muka memandang perempuan hot yang berkata sedemikian. Aku seperti "Apakah? Apakah?" Terasa mahu berguling di situ juga mengikut alunan kompang berkumandang. Okay. Aku bukan memandang rendah pada beliau. Tetapi, aku hairan mengapa ada perempuan sebegitu?

Beberapa minggu lepas, ada seorang kawan meluahkan perasaan kepada aku. Beliau berpisah dengan kekasih hati yang ditatang bagai minyak yang penuh kerana tidak mampu memberi wang hantaran RM25,000.00 seperti yang diminta oleh perempuan tersebut. Aku terasa mahu menghantuk kepala di dinding mendengarnya. Mungkin kekasih beliau anak orang kaya? Atau sangat berjaya? Atau sangat berkarismatik? Atau have-it-all? Beauty with brain?

Bagi aku, duit memang penting. Duit boleh buat kau nampak glamorous dengan drive our own shiny Fair Lady dan pakai baju cap Pavillion. Tetapi perlukah semua itu? Ya. Aku mengaku. Aku juga mahu menjadi kaya. Tetapi, aku mahu menjadi kaya dengan usaha aku. Aku mahu berjaya kerana aku. Bukan lelaki. Aku mahu berusaha bersama suami aku. Bukan menumpang kekayaan suami aku. Itu tidak cool. Aku mestilah seorang yang cool okay. :B HAHAHA.

Perlu ke kita mahu demand wang hantaran? Sehingga perlu membuat pinjaman segala? Hell no. Biar pihak lelaki tentukan. Biar beliau menilai kita dari mata beliau. Perkahwinan itu bukan menjual diri. Ia perkongsian.

Sempat lagi cam-whoring sebelom ke majlis kenduri T_T

Handphone camera bermasalah. Over flash. Click gambar untuk melihat keputihan febreez. Mahu hantaran DSLR boleh? Mahu demand satu itu sahaja boleh? HAHAHAHA. Pergi baca balik ayat atas itu sekarang Jazihan!



Sedang mencari UV protector yang bagus.